Monday, 17 December 2012

Hanya Mampu Berharap ?

Ramai orang menyangka aku gembira,
Hakikatnya dalam hati
Hanya Tuhan sahaja yang tahu 

Ramai orang manyangka aku bahagia
Hakikatnya hanya lakonan semata-mata
Kerana jiwa aku terseksa

Ku cuba tabahkan hati
Kuatkan diri untuk berdiri
Kerana jika jatuh sudah pasti terus 
rebah ke bumi

Bila akan ada insan yang mengerti ?
Hati ini sentiasa mengharapkan hadirnya sinar
Dan mendambakan kasih yang sejati

Salahkah aku untuk dikasihi ?
Salahkah aku dicintai ?
Salahkah aku dihargai ?

Bukannya simpati yang aku harapkan
Aku hanya perlukan teman
Yang boleh mengerti dan memahami

Teman yang sentiasa ada
Di kala aku berduka dan bergembira
Teman yang boleh ku kongsi segalanya
Dan menemani diriku sehingga akhir nanti

No comments:

Post a Comment